Strony

Friday, 11 November 2016

Pertandingan Puisi Belantara di Antara Jiwa

Belantara di Antara Jiwa

Assalamualaikum dan salam sejahtera wahai pembaca sekalian. Ya, di sini ada berita baik. Eh, ni dah kenapa rasmi sangat bahasanya? Hahaha. Anna nak hadiahkan lukisan "Belantara di Antara Jiwa". Yang ni special edition (dicetak atas brown recycled art card). Hanya ada satu sahaja ya. Bagi yang berminat nak memiliki lukisan ini, Anna menganjurkan Pertandingan Puisi Belantara di Antara Jiwa. Apakah yang perlu dilakukan?

  • Menulis puisi berdasarkan lukisan Belantara di Antara Jiwa (klik pada gambar untuk melihat lukisan dengan lebih terperinci). 
  • Tiada had patah perkataan. 
  • Puisi hendaklah ditulis di dalam Bahasa Melayu. 
  • Puisi mesti dikongsi di ruang komen entri blog ini. 
  • Sertakan nama dan alamat e-mel.
  • Tarikh pertandingan bermula hari Jumaat, 11 November 2016, dan berakhir pada hari Ahad, 27 November 2016, jam 10pm. 
  • Pemenang akan dihubungi melalui e-mel dan akan diumumkan di blog ini.

Jika ada sebarang pertanyaan, boleh tinggalkan di ruang komen. Terima kasih!

{Sue Anna Joe}

7 comments :

  1. Aku terhimpit, aku tersepit...
    Umpama ketam hilang penyepit,
    Nyaman ku rasa,hilang sikit demi sedikit
    Hendak berjalan, terpaksa berjingkit.....

    Rimba yg hijau hilang dikit- dikit,
    Dihimpit hutan batu nan konkrit,
    Aku bernafas dadaku sempit,
    Umpama mendaki berbukit-bukit...

    Sempit dadaku, sempit,
    Mataku rabun dek udara lekit,
    Pembangunan melata hendakku herdik,
    Namun didengarikah suaraku walaupun bertempik?

    Aku sayang, aku rindu...
    Baumu yang segar menjentik mindaku,
    Janganlah sayang, jangan kau hilang,
    Akan ku pegang walau tinggal sehelai sepinggang...
    Tetaplah dikau belantara di antara jiwa....

    Siti Aishah Mohammad Razi
    sitiaishah.mohammadrazi@gmail.com
    FB: Aishah Razi

    161116
    Ampang

    ReplyDelete
  2. Dalam selirat fauna
    Rancak berpusing
    Aku melihat kekerdilan,
    Dalam selirat jiwa bergelodak bising
    Aku mencari tuhan

    Mohd fariz abdul rahman
    Pensil85melankolik@gmail.com
    FB: fariz rahman

    211116

    ReplyDelete
  3. Ku dengar sayup-sayup terasa
    Sang unggas berirama riang ria
    Semakin aku hampir semakin jelas
    Ku melangkah hilang dalam indah

    Matahari di celahan daun menyapa mesra
    Jernih hati terlakar paksi sunyi
    Damai ini yg kita semua cari
    Sebenarnya ada di sini tidak pernah pergi

    Sura Zakaria
    noorasura@gmail.com
    FB : Noor Asura

    ReplyDelete
  4. Oh, suram berbalam kala senja
    Aku terpejam menikmatinya
    Kersikan suara si belantara
    Wujudnya ada di dalam jiwa

    Mendung kelabu mewarna hatiku ini
    Deraian hujan membasah diri
    Ke manakah sirnar sebuah cahaya
    Yang hanya menyapa ketika aku tiada

    Oh,suram berbalam kala dinihari
    Membuatku bangkit berdiri sendiri
    Terlihat sinar dicelah-celahnya
    Jatuh kedalam belantara di antara jiwa

    Mohd Faizal Zakaria
    FB:Faizal Shah
    Email:faizal_shahsz@yahoo.com

    ReplyDelete
  5. Hening malam bintang merata
    Menata sinar tersuluh jiwa
    Namun kelam gelap gelita
    Tertanya tanya bilakan bercahaya?

    Kau susuri belantara jiwa
    Berselirat, sesak terasa
    Mentari terik menjengah jua
    Tetaplah teguh menjadi perkasa

    Jalan bercabang buat kau terpana
    Terus melangkah tuntuni jiwa
    Pekikan ia pada yg Esa
    Hanya Dia yg Maha Sempurna

    Suria Zakaria
    noorsuriatizakaria@gmail.com
    FB : Noor Suriati Zakaria

    ReplyDelete
  6. Belantara mana yang kau maksudkan?
    Yang terbentang luas agar dapat kau padatkan?

    Belantara mana yang kau impikan?
    Lautan tak bertepian yang mampu membuat kau kelemasan?

    Ataupun belantara di dalam jiwa?
    Yang kononnya dambakan kebebasan? Lalu di kemudian hari hanya mengukir jalan kerosakan?

    Jiwa dan rohani inginkan dampingan Tuhan
    Tapi nafsu dan berahi menggeletis mahu arah bertentangan.

    Kata nenek,
    Besar periuk maka besarlah keraknya.
    Terus ku dalami,
    Lebih berserabut maka lebih banyak yang dipelajarinya.

    Nama: Nur Azalea Rusni
    E-mel: azalea.nr@gmail.com
    FB: Azalea Rusni

    22 Nov 2016

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright © 2014 Blogging Behaviour | Sue Anna Joe

Distributed By Blogger Templates | Designed By Darmowe Dodatki Na Blogi | Edited by Sue Anna Joe